mengumpat menegur mengata
sekadar mencari keinsafan


ApaKeHee's Blog


Blog For Free!


Archives
Home
2006 July
2006 May

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Google


Web Site Hit Counters
Philips TV Discounts




Lis Dawati & Fauzi tak boleh berenggang
07.04.06 (11:34 am)   [edit]

Lis Dawati & Fauzi tak boleh berenggang


KETIKA Zubir menemubual Lis Dawati sedikit masa lalu, dia menafikan dirinya bercinta dengan aktor stunts, Fauzi Nawawi dan terus memberikan kenyataannya, menganggap Fauzi tidak lebih dari seorang abang. Begitu juga dengan Fauzi, mengaku menyukai Lis, namun menganggap hubungan mereka sekadar adik dan abang saja.

Addo! Sekarang ni ke mana saja Zubir pergi, terutama apabila jumpa dengan rakan artis dari dunia lakonan, pasti bercakap mengenai mereka. Lis dan Fauzi bukan lagi seperti abang dan adik, sebaliknya pasangan merpati dua sejoli yang sedang dilamun asmara!

“Zubir, mata kita orang ni tengok sendiri, kalau Lis berlakon, Fauzi akan turun ke set menemani buah hatinya itu. Begitu juga dengan Fauzi, apabila dia berlakon, Lis setia menemani kekasih hatinya itu. Walaupun mereka kadang-kadang shooting jauh di luar Kuala Lumpur, tak kiralah Lis ke, Fauzi ke, sanggup teman berteman!

“Kita orang bukannya dengki Zubir, tapi janganlah main cak-cak. Ni apabila orang tanya, korang ni bercinta ke, tapi tak pernah nak mengaku. Tapi, kalau dah diusung ke hulu, ke hilir, apa yang nak disorokkan lagi? Mengaku sajalah korang tu bercinta, habis cerita,” cerita seorang krew produksi kepada Zubir, baru-baru ini.

Zubir pula dapat cerita lain, khabarnya dalam asyik bercinta tu, Zubir difahamkan Lis dan Fauzi sedang merancang untuk menempuh hari bahagia, mereka nak kahwin tak lama lagi. Zubir hanya tumpang gembira mendengar perkhabaran terbaru ini. Satu yang Zubir doakan, mudah-mudahan apa yang dirancang, menjadi kenyataan, insya-Allah.
 
Sarimah tetap tunai janji
07.04.06 (11:32 am)   [edit]

Sarimah tetap tunai janji


PERASAAN terkejut, gembira dan terharu bercampur baur di hati Zubir apabila menerima panggilan telefon daripada pengacara dan pelakon cantik manis, Sarimah Ibrahim, lewat petang Khamis lalu, memaklumkan dirinya kini sudah bergelar isteri!

Zubir terharu kerana Sarimah adalah seorang rakan artis yang dah Zubir anggap seperti kawan baik kerana dia tak pernah lupa janji. Kali terakhir berjumpa dengan Sarimah ketika Zubir menghadiri jemputan berbuka puasa daripada seorang lagi kawan baik, Erra Fazira di JW Marriott, Kuala Lumpur, tahun lalu.

Ketika hendak pulang, Zubir bersama Erra terserempak dengan Sarimah bersama teman lelakinya di lobi hotel. Zubir sempat berpesan dengan Sarimah, kalau kau kahwin nanti, jangan lupa beritahu aku Mah (Sarimah)!

“Zubir aku pernah janji dengan kau kan, kalau aku kahwin, aku beritahu kau. Now, aku nak beritahu kau, aku dah kahwin!,” jerit Sarimah ketika menghubungi Zubir.

Dalam nada ceria, Sarimah, 28, memaklumkan kepada Zubir, suaminya ialah Amir Andrew Abdullah, 35, dan mereka dinikahkan pada 13 Mei lalu di Masjid Dublin, Ireland.

Mereka dinikahkan Imam Yahya Mohd Al-Hussein. Suaminya ialah seorang arkitek yang sudah 10 tahun menetap di Malaysia.

Manakala majlis kenduri kendara untuk saudara mara dan rakan Sarimah di Malaysia akan diadakan di Batu Pahat, Johor sebelum akhir tahun ini.

Pada masa sama, Zubir masih teringat ketika mewawancara Sarimah suatu ketika dulu, di mana dia pernah memberitahu Zubir, dia hanya akan berkahwin, jika Siti Nurhaliza kahwin dulu! Tapi, rupa-rupanya dia yang kahwin dulu daripada Siti, itulah yang dinamakan jodoh.

Pada kesempatan ini, Zubir dan warga kerja Bintang Popular ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Sarimah dan Amir.
 
Akhirnya, keluarga Siti terima Datuk K
07.04.06 (11:31 am)   [edit]

Gebang: Akhirnya, keluarga Siti terima Datuk K


APABILA Bintang Popular minggu lepas menyiarkan kisah sensasi mengenai usahawan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra dengan panggilan Datuk K serta rombongannya pergi merisik Siti Nurhaliza di Kuala Lipis, sekali gus dikatakan berbincang mengenai tarikh perkahwinan mereka, banyak sungguh respon yang diterima daripada pembaca mahupun peminat.

Rata-rata mahukan kepastian - bilakah tarikh sebenar mereka akan disatukan? Terus-terang, sehingga artikel ini `diketuk' Khamis lalu, saya sendiri belum pasti tarikh sebenarnya kerana ia masih lagi terawang-awang.

Namun menerusi satu sumber yang boleh sangat dipercayai, saya difahamkan bahawa hari indah itu bakal berlangsung antara Ogos dan September ini, sekiranya segala-galanya berjalan lancar.

Secara terperinci juga saya belum tahu tetapi secara dasarnya, saya dimaklumkan sumber itu bahawa mak dan abah Siti sudah pun merestui perhubungan anak dan bakal menantu mereka itu!

Sebenarnya, restu itulah yang lebih penting kerana dengan restu mak abah jugalah Siti boleh dinikahkan. Kata orang, buat sesuatu jangan gopoh yakni, step by step. Selepas mendapat restu, barulah hajat di hati dapat disuarakan dan kemudian menetapkan segala tarikh yang terbaik, betul tidak? Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan positif mengenai cerita risik-merisik Datuk K terhadap Siti, silalah baca tulisan wartawan Zubir Mohd Yunus di Halaman 6.

Dalam pada itu, macam-macam teori terus diperkatakan orang apabila Siti dan Datuk K masih bermain teka-teki mengenai gosip cinta mereka itu.

Antara yang sampai ke telinga saya dan boleh diterima, Siti tidak mahu membuat keputusan melulu kerana menghormati perasaan ayah dan ibunya.

Siti tentu tidak mahu jadi anak derhaka. Tidak tidak kurang berpendapat, lengah-lengah itu adalah satu strategi untuk melonjakkan jualan album terbaru Siti, Transkripsi kerana pasaran album yang lembab, sekali gus mengekalkan populariti Siti di dada akhbar.

Teori lain pula berkata, Datuk K, enggan terburu-buru membuat pengumuman kerana masih terikat dengan hal-hal peribadi dengan keluarganya. Beliau perlu menjaga hati banyak pihak termasuk anak-anaknya tetapi ada gosip mengatakan anakanak Datuk K sudah boleh menerima Siti.

Biasalah, itulah dugaan apabila berkahwin dengan seorang duda. Saya sendiri tidak melihat jauh kerana perkara seperti itu sendiri berlaku di kalangan keluarga saya.

Entahlah, bagi saya, hanya Tuhan Maha Mengetahui mengenai apa yang sebenarnya agenda Siti dan Datuk K ketika ini tetapi saya yakin kedua-dua mereka sedang mencari kebahagiaan. Siapa yang tidak ingin hidup bahagia tetapi tidak semua kebahagiaan itu boleh `dibeli dengan harga yang murah'. Semoga Siti akan tabah dan bersabar.
 
Fauziah Latiff kembali menggugat
07.04.06 (11:30 am)   [edit]

Fauziah Latiff kembali menggugat


CERITA artis kahwin cerai dalam dunia hiburan makin `bermaharajalela'. Tentunya golongan artis sendiri diburu kebimbangan kerana keadaan ini boleh membuatkan masyarakat menyalah anggap bahawa rumahtangga artis tidak akan mampu bertahan lama.

Apabila soalan sebegitu diajukan kepada Fauziah Latiff atau Jee, dia hanya tersenyum dan tidak lekas melatah.

"Perkahwinan dan perceraian selalu berlaku dalam masyarakat dan membabitkan semua golongan. Cuma yang lebih mendapat liputan selalunya hanyalah artis dan selebriti. Jadi nampaknya seolah-olah macam artis saja yang berkahwin dan bercerai-berai," katanya yang nyata semakin langsing.

Ketika ini, Jee semakin aktif menyanyi di sana-sini tetapi dia jarang kelihatan bersama suaminya, Johan Indot. Jadi timbullah desas-desus mengatakan mereka hilang keserasian untuk terus hidup bersama.

"Biasalah, Jee dah masak dengan tanggapan sebegitu. Memang itulah nasib menjadi public figure. Selama ini pun, kalau Jee ada persembahan, Johan tidak akan mengikut Jee kecuali kalau kami menghadiri majlis rasmi. Jee biasanya akan ditemani pembantu Jee dan tidak patutlah orang beranggapan begitu.

"Tapi apapun, Jee sedar, mulut tempayan kita boleh tutup, tapi mulut manusia memang susah," katanya.

Dalam usia 36 tahun, Jee gembira melihat dua anaknya membesar. Keadaan ini juga membolehkannya kembali aktif merakamkan album baru selepas puas menjadi pengkritik tetap dalam Malaysian Idol.

Album Pesona kini di pasaran

SELEPAS empat tahun tanpa album baru, Jee sudah bersedia untuk aktif kembali. Buat permulaan, dia merakamkan sebuah album khas lagu saduran yang mengumpul lagu hit ciptaan komposer Amerika Syarikat, Jim Brickman.

Album yang diberi judul Pesona berada di pasaran mulai hari ini (2 Julai).

Lagu berkenaan adalah Berjanjilah, Seindah Cinta, Dilema Mimpi dan Kekasihku. Jee turut memuatkan empat lagu lamanya yang diberi nafas baru iaitu Digamit Memori, Segalanya Berakhir Di Sini, Hari Yang Istimewa dan Sahabat.

"Saya membuat persiapan dari segi mental dan fizikal untuk kembali. Badan saya makin langsing mungkin disebabkan banyak bersenam dan berlatih kick-boxing. Bagi saya stamina amat penting untuk aktif semula selepas empat tahun tidak menyanyi.

"Pemilihan lagu karya Jim Brickman itu adalah sebagai satu kelainan. Saya gembira kerana semua penulis liriknya adalah wartawan hiburan yang juga kenalan saya selama ini. Ia sebuah album yang istimewa dan belum pernah dihasilkan sejak saya menjadi penyanyi kira-kira 21 tahun lalu," jelasnya.

INFO: JEE

1. Fauziah Latiff atau Jee dilahirkan pada 5 Disember 1970 di Air Tawar, Perak. Dia mula menyanyi sejak di bangku sekolah ketika berusia 15 tahun lagi.

2. Album sulungnya, Digamit Memori muncul pada 1988. Hingga kini, dia memiliki 17 album rakaman dan dikenali dengan lagu Digamit Memori, Teratai Layu Di Tasik Madu, Dia, Batas Menanti dan Aku Sebutir Pasir. Dia pernah bergelar Penghibur Terbaik dalam Pesta Kingsway di RTM pada 1989.

3. Album terbarunya, Pesona, terbitan Firmzz Sdn Bhd menampilkan lagu saduran karya komposer dan pemuzik Amerika Syarikat, Jim Brickman. Selain nyanyian, Jee, 36, juga pernah mencuba bakat lakonan menerusi sitkom Lontong dan teater muzika Rubiah.

4. Meminati sukan lasak seperti selam skuba, menunggang kuda dan kick-boxing.

5. Jee pernah menjadi pengkritik Malaysian Idol untuk musim pertama dan kedua bersama Paul Moss dan Roslan Aziz.

6. Perkahwinan pertama Jee dengan Syed Budriz pada 1992 berakhir kira-kira tiga tahun kemudian.

7. Jee mendirikan rumahtangga keduanya bersama ahli perniagaan, Johan Indot pada 19 Jun 1997 di London dan dikurniakan dua cahaya mata, Jeffri Joaquim, 8, dan Jeremy Jay, 6.
 
 
Doktor Sakit Tuan
JIKA anda menghadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit yang sukar diselesaikan, Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby sedia membantu.
 
Pakar Sakit Puan
bersama DR ADILAH AHMAT
Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur